Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Habatusssauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi
mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda
(daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan
kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda
berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk
digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati
ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya
mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini
bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis
penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
Habbatus Sauda didapati boleh
mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma
(mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan
gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati
di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang
menyusukan bayi bertambah.
Ganoderma telah dikenal ribuan tahun yang lalu sebagai the king of herb (raja herbal).
CENDAWAN ling zhi atau Ganoderma lucidum ialah sejenis herba yang cukup
popular. Cendawan itu berwarna merah dan perang serta berkilat. Saiznya
juga agak besar berbanding cendawan biasa menyebabkan ia kurang mendapat
perhatian. Namun, Khasiat Cendawan Ling Zhi (Ganoderma lucidum) cukup
banyak.
Khasiatnya diperakui berabad lamanya sejak zaman Dinasti Shu di China iaitu kira-kira 2,400 tahun lalu.
Ketika itu hanya mereka yang berstatus maharaja atau keluarga diraja
sahaja yang mampu mendapatkannya kerana harganya yang mahal. Dengan
bahan aktif yang dikenali sebagai polisakarida, berupaya menguatkan
sistem imun, ling zhi boleh dijadikan langkah awal untuk menghalang dan
merawat kanser, antialergi, antiradang, antiviral, antibakteria dan
antioksidan.
Khasiat Cendawan Ling Zhi, (Ganoderma lucidum)BENTUK cendawan ling zhi memang kurang menarik tetapi khasiatnya luar biasa.
Ada yang mengatakan seseorang perlu mendaki gunung dan meredah rimba bagi mendapatkan cendawan ling zhi.
Namun, hari ini kita tidak perlu lagi bersusah-payah mendaki gunung atau masuk ke dalam hutan untuk mendapatkan ling zhi.
Jaga kesihatan
Cendawan itu kini ditanam secara komersial di beberapa buah negara
seperti China, Jepun dan Amerika Syarikat. "Di Malaysia tidak ramai yang
menanam cendawan ini kerana pasarannya kurang memberangsangkan," kata
Prof Dr. Noorlidah Abdullah dari Institut Sains Biologi Fakulti Sains,
Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.
Beliau yang juga mengamalkan minuman ekstrak ling zhi berkata, ia sangat baik untuk menjaga kesihatan.
Polisakarida, bahan aktif yang terdapat dalam ling zhi berupaya
menguatkan sistem imun tubuh. Ling zhi boleh dijadikan langkah untuk
mencegah kanser, bertindak sebagai antialergi, antiradang, antiviral,
antibakteria dan antioksidan," katanya.
Selain itu, ling zhi mempunyai antioksidan paling tinggi berbanding cendawan lain.
Antioksidan boleh menyingkir radikal bebas yang terbentuk dalam badan
melalui metabolisme tubuh. Radikal bebas akan merosakkan lipid pada
membran sel dan asid deoksiribunokliek (DNA). Jadi apabila berlakunya
serangan, tubuh boleh terdedah kepada penyakit seperti jantung, artritis
dan penyakit lain.
"Penyakit-penyakit ini timbul apabila umur meningkat akibat kekurangan
antioksidan. Kalau amalkan ling zhi, sistem imun kita akan sentiasa
tinggi dan dapat melindungi diri daripada serangan pelbagai penyakit,"
kata Dr. Noorlidah.
Ling zhi juga katanya, baik untuk paru-paru dan hati kerana ia meningkatkan proses detoksifikasi.
Menurut Dr. Noorlidah, ling zhi boleh memberi harapan kepada pesakit
diabetes. Ling zhi dipercayai berupaya mengelakkan pesakit diabetes
daripada 'kehilangan kaki' dan ini diakui pengusaha cendawan, Ganofarm
Sdn. Bhd.,
P.G. Cheng.
Berkelulusan ijazah sarjana muda kimia, Cheng yang menanam ling zhi
sejak tujuh tahun lalu berkata, pengalaman berurusan dengan pesakit
diabetes sebelum ini, membuktikan keberkesanan cendawan itu.
"Ada seorang pak cik di Alor Setar, Kedah kakinya hampir dipotong
disebabkan luka. Lukanya menjadi teruk disebabkan dia ada penyakit
diabetes.
"Namun, selepas mengamalkan ling zhi, kaki pak cik itu dapat diselamatkan dan tidak perlu dipotong," katanya.
Selain selalu menerima kedatangan pesakit diabetes ke ladangnya di
Tanjung Sepat, Selangor pesakit hipertensi dan ekzema juga mendapatkan
produk yang diperbuat daripada ling zhi. Cheng berkata, terdapat kajian
yang mendedahkan ling zhi dapat meningkatkan sistem imun pesakit
HIV/AIDS.
"Pesakit HIV/AIDS berhadapan situasi sistem imun rendah. Ada satu kajian
mendedahkan, kualiti kehidupan mereka yang mengambil ling zhi semakin
baik," katanya.
Faktor harganya yang mahal menyebabkan tidak ramai yang mampu membeli
ling zhi. Atas sebab itulah, Cheng terdorong untuk menanam ling zhi dan
menghasilkan produk sendiri serta tidak menggunakan khidmat orang tengah
untuk mengurangkan kos.
Atas sebab itulah, produk ling zhi yang terdapat di kedainya seperti
pencuci rambut, minuman kesihatan dan kapsul dijual pada harga
berpatutan, "Sebelum ini, untuk mendapatkan produk ling zhi perlu
melalui ejen tertentu dan harganya sangat mahal. Disebabkan itu, saya
memilih untuk menanam cendawan ling zhi dan menghasilkan pelbagai produk
berasaskannya.
Sebelum ini Cheng pernah menjual ling zhi segar, namun pulangannya kurang memberangsangkan.
Beliau turut kesal kerana terdapat sesetengah pihak mengambil kesempatan menjual ling zhi palsu di pasaran.
"Ling zhi asli apabila direbus, rasanya sangat pahit. Pernah sekali saya
pergi ke sebuah pasar, penjual itu mengatakan bahawa dia menjual ling
zhi.
"Ia kelihatan seakan-akan ling zhi asli, tetapi apabila ditanya sama ada
ia pahit atau tidak, penjual itu kata tidak. Dari situ kita tahu itu
bukanlah ling zhi asli," katanya. - Bernama
dan Khasiat Bee Pollen untuk Kesehatan
Lebah madu mengumpulkan serbuk sari (pollen) pada kaki mereka dari benang sari bunga.
Ketika
dikombinasikan dengan enzim lebah, serbuk sari tersebut menjadi apa
yang kita kenal sebagai bee pollen yang memiliki banyak manfaat untuk
kesehatan.
Berikut adalah beberapa manfaat dari bee pollen untuk kesehatan:
1. Kesehatan Prostat
The
University Hospital of Wales telah melakukan uji coba mengenai efek bee
pollen untuk kesehatan prostat. Hasilnya, bee pollen terbukti efektif
dalam mengobati prostatitis dan pembesaran kelenjar prostat.
2. Umur Panjang
Seorang
dokter dari Karlsrude, Jerman, yaitu Dr. G. Liebold, telah melakukan
berbagai penelitian dan mengatakan bahwa bee pollen dapat meningkatkan
harapan hidup seseorang.
Berdasarkan salah satu studinya, dia
mengatakan bahwa bee pollen sebaiknya mulai dipertimbangkan sebagai obat
alami untuk perawatan geriatrik secara umum.
3. Menurunkan Berat Badan
Bee
pollen dianggap efektif untuk menurunkan berat badan karena mengandung
lecithin, suatu zat yang dapat menghilangkan lemak dari tubuh. Lecithin
juga dapat meningkatkan metabolisme tubuh.
4. Meningkatkan Kadar Hormon Reproduksi
Bee
pollen telah digunakan untuk menjaga kesehatan reproduksi pada manusia.
Dalam studinya, Dr. G. Liebold mengklaim bahwa orang yang mengambil bee
pollen sebagai suplemen menunjukkan perbaikan kadar hormon mereka.
Kadar hormon yang normal dapat meningktakan potensi reproduksi atau kemampuan untuk bereproduksi.
Suplemen Bee Pollen
Suplemen
bee pollen tersedia dalam berbagai bentuk. Di pasaran, bee pollen
dijual dalam bentuk tablet, kapsul, butiran, atau pil.
Pollen yang
berasal dari berbagai sumber dianggap lebih baik daripada yang berasal
dari satu sumber karena mengandung lebih banyak nutrisi, vitamin,
mineral, dan enzim.[]